Friday, November 29, 2019

Langkah Praktikal Mencari Tajuk Kajian | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke Blog Sensei!


Mencari tajuk kajian untuk penyelidikan peringkat pengajian Masters atau PhD adalah agak mencabar. Tambahan pula bagi mereka yang kurang terdedah dengan penyelidikan sebelum ini. Nak mula di mana? Tajuk yang bagaimana? Sesuai atau tidak? Sudah tentu banyak persoalan begini yang bermain di dalam fikiran masing-masing. Yang penting ramai yang mesej sensei, melahirkan kebimbangan kerana tak tahu nak bermula dimana.
Kebetulan hari ini sensei tengah baca artikel untuk menulis artikel baru. Terjumpa balik artikel pertama yang sensei baca yang membuatkan sensei berminat dengan terma 'Problem-Posing'.

Gambar 1: Artikel pertama yang sensei baca dan berkenalan dengan terma 'problem-posing'

Jurnal ini tidak tersenarai dalam quartile pun, namun tajuk artikel inilah inilah yang membuatkan sensei berminat dengan terma 'problem-posing'. Lagipun terma ini agak jarang didengari di dalam dunia pendidikan di negara kita. Mungkin yang biasa kita dengar ialah, 'problem-solving', 'inquiry based learning' dan 'project based learning'. Kali pertama sensei baca artikel tersebut, sensei terus mencari artikel lain yang bagus-bagus yang tersenarai di dalam ranking jurnal bagi mendalami problem-posing. Akhirnya sensei membuat keputusan untuk memasukkan terma 'problem-posing' dalam tajuk kajian...and I stick to it until the end. 
Of course ianya debatable dan banyak argument dari komiti penyeliaan. Namun sensei baca dan hadam betul-betul konsep problem-posing sehingga akhirnya berjaya meyakinkan komiti penyeliaan tentang konsep yang betul. 
Jadi, bila nak bina tajuk kajian...rajin rajinlah baca tajuk artikel dari jurnal/thesis yang bagus-bagus. Modify, extend dan upgrade supaya akhirnya ia menjadi jadi tajuk kita.
Selalunya, tajuk kajian di dalam bidang dan rekabentuk kajian yang sama memang tak lari jauh, cuma nanti kena gabungjalinkan secara kreatif dengan elemen utama yang anda nak kaji.
Pencarian tajuk memang penting, namun janganlah menghabiskan satu semester untuk cari tajuk sahaja. Carilah 'working title' dulu untuk memudahkan kita menyediakan kertas cadangan. Rangka dulu tajuk awal yang menggambarkan pembolehubah-pembolehubah yang kita nak kaji. Tajuk yang 'catchy' ke 'sophisticated' ke datang kemudian bersama kematangan kita dalam membaca artikel. Jangan risau.
Anyway, Its a working title, sampai selepas VIVA pun, mungkin tajuk kita akan bertukar atas saranan panel pemeriksa. As long as dapat gambaran IV dan DV nya, maka jalan dulu. So, chill!

Tajuk tesis sensei:
Development of Problem Posing Multimedia Module and Its Effectiveness to Enhance Student Performance in Form Four Biology
Gambar 2: Tesis PhD sensei

Boleh rujuk, modify, extend dan upgrade untuk tajuk kajian anda pula.

7 comments:

  1. Perenggan ke3 tu dh terasa mcm tgh bercakap dgn Sensei sbb tiba2 je terjawab dlm hati "a'aah la, betul2" bila sensei cerita pasal problem posing tu ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engaging betul perenggan ke3 tu ya. Terima kasih sudi baca! 😊

      Delete
  2. Sensei.. Doakan saya diberi peluang.. Dipermudahkan urusan.. Berhajat nak sambung belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan. Nanti sensei share persediaan sebelum sambung belajar ya 😊

      Delete
  3. Amin Ya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan. Nanti sensei share persediaan sebelum sambung belajar ya. ��

    ReplyDelete

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei! Apa itu kajian yang "research able'? Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di b...