Wednesday, January 1, 2020

Langkah Praktikal Membina Kerangka Teori dan Kerangka Konsep dalam Kajian - Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke The Sensei. Personalising Learning.


Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun yang paling ditunggu-tunggu sepanjang zaman iaitu tahun 2020. Sensei juga sudah lama tidak menulis artikel baru di dalam blog kerana sibuk menyediakan persiapan bagi menghadapi tahun 2020. Hari ini sedikit berkelapangan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang bagaimana membina kerangka teori dan kerangka konsep.

Tidak dinafikan ramai sahabat PG yang datang berjumpa sensei dalam sesi personal coaching mahupun semasa bengkel masih keliru dengan dua jenis kerangka ini. Ramai juga yang memasukkan sekali prosedur kajian atau langkah kajian di dalam kerangka konsep yang mana ianya tidak perlu. Sensei dengan rendah hati menerangkan dalam bahasa yang mudah difahami untuk membentuk kerangka teori dan kerangka konsep. Maaf, sensei tidak menggunakan terma-terma penyelidikan yang complicated seperti induktif atau deduktif. Sensei nak elakkan kerana artikel ini bertujuan untuk membantu mereka yang benar-benar baru bermula. Jadi sensei guna bahasa mudah yang boleh difahami oleh sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak dengan penyelidikan.

Dua kerangka ini boleh dikatakan memang wajib ada di dalan kajian kuantitatif kerana hipotesis yang dibina juga perlulah berdasarkan perkaitan pembolehubah yang anda masukkan di dalam kerangka konsep. OK, jadi kita mulakan dengan apa sebenarnya kerangka teori dan kerangka konsep.

Kerangka Teori

Pemilihan teori adalah perkara yang fundamental dalam penyelidikan terutamanya jika anda di dalam bidang pendidikan dan sains sosial. Mana-mana kajian dalam bidang ini perlu didasarkan dengan teori yang sedia ada. Dari teori yang sedia ada, kemudian barulah kita cadangkan penambahbaikan atau extension untuk menyumbang kepada body of knowledge.

Kerangka teori merupakan kerangka yang dibina untuk menjadi asas utama kajian anda berdasarkan teori yang sudah wujud dan established di dalam bidang kajian yang anda pilih. Berdasarkan pengalaman peribadi sensei, setelah sensei mengemukakan penyataan masalah dan mencadangkan penyelesaian maka sensei sudah mula study teori apa yang sesuai untuk menjadi foundation kepada penyelesaian masalah yang dicadangkan.  Sensei ambil satu penyataan masalah dari kajian sensei sebagai contoh seperti dibawah.

Research Title: 
Development of a Problem Posing Multimedia Module and Its Effectiveness to Enhance Student Performance in form Four Biology

Problem Statement: 
Biology is considered as a tough subject because it consists a lot of dynamic and abstract processes and it is often misunderstood by students as the subject that requires a lot of memorising facts (Yarden & Yarden, 2010). Students face difficulties in understanding the concepts and various biological events that are unfamiliar and cannot be seen by the naked eye (Çimer, 2012).

Proposed solution:  
Hence, this study focuses on the development of a multimedia module that can facilitate students to visualise the abstract and dynamic processes regarding the concepts and applications in Biology. This module was also designed to help teachers deliver the content of the subject without worrying about time constraint to develop teaching materials. This module integrates the cognitive theory of multimedia learning (CTML) and inquiry learning through problem-posing instructional strategy (PPIS) to deliver the topic and subsequently enhances LOTS and HOTS among students.

Berdasarkan bacaan yang rigorous, teori yang sensei pilih untuk mendasari kajian sensei ialah teori pembelajaran kognitif multimedia oleh Mayer. Ini kerana sensei ingin membina modul multimedia bagi membantu pelajar melihat dan memahami proses yang berlaku di dalam sel melalui animasi. Elemen yang disenaraikan oleh Mayer bersesuaian dan favourable untuk kajian sensei.

Maka, kerangka teori sensei diambil dari CTML yang telah established di dalam bidang ID dan multimedia. 

Rajah 1: Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia


Biasanya kerangka teori akan diringkaskan dalam bentuk gambar rajah untuk menunjukkan pembolehubah dan hubungkait anatara pembolehubah yang ingin digunakan dalam kajian. Jadi, dalam modul yang sensei bangunkan perlu ada elemen yang dicadangkan di dalam teori seperti narration dan animation

Secara ringkasnya, kerangka teori adalah diambil dari teori yang sudah sedia ada bukan pandai-pandai cipta sendiri ya..hehe. Kadang-kadang anda boleh memilih sebahagian elemen yang sesuai sahaja daripada teori sedia ada untuk dimasukkan kedalam kerangka teori anda. Kemudian anda juga boleh mengambil sebahagian elemen dari teori yang lain untuk menjadikannya komprehensif dan menepati cadangan penyelesaian masalah kajian anda.

Kerangka Konsep

Bagaimana pula dengan kerangka konsep sensei? Haa..jangan pening-pening ya. Tarik nafas dulu, baca betul-betul. Fokus dan sedar. Gitu..!

Dalam bahasa mudahnya kerangka konsep ini adalah gabungan/hubungkait antara semua teori sedia ada yang anda pilih untuk mendasari kajian anda menjadi satu kerangka yang komprehensif dan boleh dikaji. Kerangka konsep anda perlu menggambarkan hubungan antara pembolehubah dengan jelas. Maksudnya semua pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tidak bersandar (IV) perlu hadir di dalam kerangka konsep. Fuhh..pening? Tula... fokus OK. Haha..jangan risau sensei bagi contoh. 

Dalam kajian sensei, sensei gabungkan teori kognitif multimedia dengan teori problem-posing dengan elemen 4C nya.


Rajah 2: Problem-Posing 4C Elemen


Teori Problem-posing digabungkan bersama teori kognitif multimedia menjadi seperti dibawah:


Rajah 3: 4C elemen digabungkan ke dalam teori kognitif multimedia


Kemudian ingat, anda juga perlu masukkan pembolehubah yang anda ingin ukur di akhir kajian anda ke dalam kerangka kajian. Di dalam kajian sensei, sensei nak ukur student performance...dari tiga sudut iaitu lower order thinking skills (LOTS), higher order thinking skills (HOTS) dan conceptual change. Jadi sensei perlu masukkan ketiga-tiganya ke dalam kerangka konsep untuk menunjukkan hubungan antara DV dan IV seperti dibawah:


Rajah 4: Students' Performance ialah DV kajian sensei yang ingin diukur di akhir kajian. Maka ketiga-tiganya perlu dimasukkan kedalam kerangka konsep untuk menunjukkan hubungan yang jelas antara DV dan IV.

Maka setelah membuat hubungkait antara teori sedia ada, gabungan teori sedia ada, pembolehubah yang ingin diukur terhasil lah kerangka konsep yang mendasari kajian kita. Berdasarkan kerangka konsep yang dibina, integrasi antara elemen multimedia, prior knowledge  dan problem-posing akan membantu meningkatkan students' performance.

Tidak dapat dinafikan dalam membentuk ringkasan melalui gambar rajah, anda juga perlu kreatif  untuk menyusun bagi menampakkan hubungan dengan jelas. Gambar rajah kerangka perlu lah nampak kemas, tersusun dan jelas perkaitannya antara satu sama lain.

Memang wajib buat dalam gambar rajah ke? Tidak..sekiranya anda mampu menerangkan dengan lengkap secara naratif, silakan. Namun sensei strongly adviced susun dan ringkaskan dalam gambar rajah supaya ia nampak lebih tersusun dan senang pula untuk kita explain kepada penyelia. 

Kalau sensei dulu-dulu, bermula dari kerangka konsep inilah sensei mula membuat pencarian artikel yang rigorous untuk hadam setiap teori dan konsep dalam kerangka. Kerana nanti di dalam fasa perbincangan, setiap elemen yang ada di dalam kerangka konsep perlu dibincangkan secara details bagi memberi justifikasi terhadap dapatan kajian kita. Nanti sensei up lagi satu artikel khusus untuk perbincangan ya. kita buat step by step OK.

Aktiviti Kajian

Aktiviti kajian seperti langkah melakukan analisis keperluan, membina modul atau mendapatkan kebenaran dari pihak autoriti tidak perlu dimasukkan ke dalam kerangka konsep. Mungkin boleh wujudkan satu subtopik untuk menerangkan prosedur kajian yang akan dijalankan. Sensei bina satu lagi flow chart untuk menunjukkan langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan kajian seperti di bawah:

Rajah 5: Aktiviti Penyelidikan


Jadi, dah boleh fikir dan mula mencari artikel tentang teori yang sesuai. Google dulu pun tak pe, untuk melihat teori apa yang selalu digunakan di dalam bidang anda. Dan macam biasa, ada pertanyaan boleh la terus tanya. InsyaAllah akan sensei jawab satu persatu. 

Selamat Maju Jaya!

#TheSensei
#PersonalisingLearning

7 comments:

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei! Apa itu kajian yang "research able'? Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di b...