Friday, December 6, 2019

SEPULUH Langkah Praktikal Mengekalkan Motivasi Sepanjang Pengajian | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke Blog Sensei!


Menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau PhD bukanlah satu keputusan yang boleh diambil ringan. Perjalanan ini sudah tentu akan penuh dengan ujian dan dugaan. Mungkin masa mula-mula mendaftar kita merasa teruja, seronok dan sangat yakin untuk mengharunginya, namun jangan terkejut ramai yang terkandas di tengah jalan dek kerana hilang semangat, buntu dan tiada motivasi untuk meneruskannya. Ada sesetengah yang putus harapan terus nak habiskan pengajian. 

Tidak dinafikan sensei juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan sepanjang pengajian. Kalau nak disenaraikan satu-satu tak cukup 7 hari 7 malam. Alhamdulillah sensei berjaya mengharunginya dan Graduate On Time. Syukur.

Gambar 1: Alhamdulillah...sensei berjaya Graduate on Time


Jom kita intai SEPULUH langkah praktikal yang sensei ambil bagi mengekalkan motivasi sehingga habis pengajian.

1. Cari zon selesa

Mungkin sering kita dengar quotes ni "Life Begins at the End of your Comfort Zone". Dalam banyak keadaan, mungkin sensei bersetuju, cuma untuk kes nak sambung pengajian sensei lebih suka mencari zon selesa. Contohnya...yang pertama sekali, sensei akan cari universiti yang dekat dengan rumah. Supaya kita senang nak berurusan terutamanya berkaitan dengan dokumen-dokumen pengajian yang memerlukan kita berulang-alik dengan kerap. Bayangkan kalau universiti itu berada jauh dari rumah, kita kena fikir masa wang dan tenaga yang perlu kita korbankan. Sanggup? Jika ya..maka anda berada di dalam zon selesa anda. 


Gambar 2: UPM menjadi universiti pilihan sensei


Contoh yang kedua, stesen belajar. Ini juga perlu dilakukan di dalam zon selesa kita. Ada yang lebih suka berada di perpustakaan, ada yang lebih selesa belajar santai-santai sambil baby sit anak-anak di rumah dan ada juga yang lebih selesa belajar di Starbucks. Terpulang...tapi memang kita cari tempat yang kita selesa kan. Nak study macam mana kalau tak selesa dan banyak gangguan. Jiwa pun tak tenang. Bagi sensei, banyak perkara (e.g: seperti universiti, tempat ulangkaji, penyelia, komiti penyeliaan, bidang kajian, tajuk kajian dan tempat kajian) yang perlu berada di dalam zon selesa kita supaya perjalanan yang berliku ini sedikit sebanyak boleh dimudahkan. Sudah tentu kita tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan, sekurang-kurangnya kita melakukan persediaan awal.

2. Tetapkan matlamat yang jelas

Sensei selalu tanya kepada peserta bengkel dan sahabat yang datang untuk personal coaching, apa matlamat awak? Ramai juga yang jawab, "saya nak habiskan je PhD ni sensei..tu je matlamat saya". Tak ada salahnya matlamat yang begitu, cuma bunyinya terlalu umum. Nak habiskan PhD dalam masa berapa lama? Ada sesetengah dari kita mungkin tak kisah berapa lama pengajian asalkan habis, namun sejujurnya bagi sensei semakin cepat kita dapat selesaikan pengajian ini semakin cepat kita merasa lega. Terutamanya bagi mereka yang menyambung pengajian dengan wang simpanan sendiri kan. Jadi, nasihat sensei buat matlamat yang jelas dan spesifik. Contoh:

Saya akan menghabiskan PhD saya dalam masa 3 tahun.
Saya nak bentang proposal pada semester ke-2. 
Saya nak analisis data pada semester ke-4.

Sebut dengan jelas, tulis dengan jelas dan kemudian barulah boleh rancang tindakan dengan jelas. Setiap hari sebutlah dengan jelas matlamat itu dalam doa kita. InsyaAllah. Strategi ini juga boleh digunakan untuk menetapkan matlamat lain dalam hidup kita.

3. Bina Garis Masa Pengajian @ Penyelidikan (Study @ Research Timeline)

Ada yang panggil research timeline, ada yang panggil study timeline ada juga yang terus panggil carta Gantt. Sensei combine semua sekali sebab senang nak view secara keseluruhan. Apapun panggilannya, pastikan kita membayangkan benda yang sama ya. Karang tak sama channel pulak. Hehe. Ok...sesudah selesai menetapkan matlamat dengan jelas. Bolehlah mula membina research timeline dalam bentuk Carta Gantt. 

Senaraikan semua aktiviti penyelidikan yang perlu dilaksanakan termasuklah proses-proses yang perlu dilalui untuk melengkapkan pengajian anda seperti pembentangan kertas cadangan. Kemudian, masukkan sela masa perlaksanaan. Carta Gantt ini sangat membantu untuk melihat garis masa pengajian dan penyelidikan kita secara keseluruhan, maka lebih senang juga kita nak rancang jadual harian untuk tindakan kita.

Gambar 3: Carta Gantt yang sensei bina sepanjang pengajian dan penyelidikan 

4. Rancang Jadual Tindakan

Bila timeline dah cantik dan sudah menepati tuntutan pengajian anda..bolehla mula merangka jadual tindakan. Sensei panggil jadual tindakan kerana di sini kita akan merancang jadual mingguan atau bulanan tentang tindakan yang perlu diambil untuk meet dengan timeline dalam Carta Gantt. Contoh, katalah dalam semester 1 anda telah meletakkan sela masa untuk meyiapkan kertas cadangan. Jadi, jadual tindakan haruslah selari dengan Carta Gantt. Tetapkan tarikh untuk anda bina tajuk, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian, kajian literatur dan kaedah penyelidikan. Selitkan juga aktiviti seperti menulis artikel pertama, bila tarikh nak hantar ke publisher dan jangkakan juga masa untuk artikel pertama berjaya untuk diterbitkan. 

Bila ada jadual tindakan yang komprehensif begini, kita akan sentiasa alert tentang apa yang perlu dicapai. Sensei sendiri buat beberapa salinan jadual ini dan diletakkan di dalam diari, di bawah cermin meja dan juga di cermin tilik. Tu diaa...! 

5. Berdisplin dan Fleksibel

OK.. kalau dah setting empat langkah di atas, tapi tidak berdisplin pun tidak akan mendatangkan hasil apa-apa. Kita selalu mendidik anak-anak untuk mematuhi rutin harian mereka dengan baik seperti waktu solat, mandi, makan, kemas rumah, dan cuci tandas. Makanya, kita juga perlu mendidik diri-sendiri untuk patuh kepada jadual yang kita sendiri bina. Ikut dengan penuh displin. Bila kita perlu fleksibel? Sekiranya ada hal-hal kecemasan yang menghalang kita dari memenuhi jadual maka berlapang dada dan anjak lah sikit aktiviti dalam jadual. Jangan lah pula kita tertekan kerana gagal patuhi jadual. Dalam dunia PG, pelbagai dugaan dan ujian yang akan kita tempuh, jadi kena set minda supaya menjadi lebih fleksibel dan dalam masa yang sama boleh berfikiran rasional dalam menghadapai halangan yang mendatang.

6. Tingkatkan kemahiran

Berdasarkan pengalaman peribadi, apabila selesai membina jadual dan timeline.. sensei sudah mula merasa lega dan motivasi berada di tahap yang baik untuk meneruskan perjalanan ini. Namun penting untuk sensei nak ingatkan, tanpa kemahiran asas bagi menjalankan penyelidikan... lama-kelamaan motivasi yang setinggi gunung pun boleh runtuh menjadi rata. Makanya, rancang juga untuk menghadiri bengkel-bengkel pascasiswazah untuk meningkatkan kemahiran diri mengendalikan tools untuk analisis atau pengurusan artikel dan tesis. Contoh bengkel yang boleh dihadiri ialah bengkel Mendeley, Atlas.ti, SPSS, SEM AMOS, Rasch, kualitatif, penyediaan proposal, penulisan tesis dan keadah penyelidikan. 

Sensei bagi secara umum sahaja tau, tu bukan merujuk kepada mana-mana organisasi atau individu yang menganjur bengkel. Namun sensei percaya, sekolah pengajian siswazah universiti masing-masing giat menganjurkan bengkel begitu juga perpustakaan. Kalau di UPM, perpustakaan ada menganjur kan bengkel berkala untuk PG. Boleh layari http://courseslib.upm.edu.my/courseslib/  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bengkel yang dianjurkan ya.

7. Bina Jaringan Kerjasama (Networking)

Ini juga langkah penting bagi PG. Melalui jalinan kerjasama, PG lebih senang untuk berkolaborasi bagi memenuhi keperluan penyelidikan. PG ni bukan calang-calang orang, maisng-masing ada peranan penting dalam organisasi dan komuniti. Jadi siapa tahu kalau satu hari nanti kita perlukan bimbingan, nasihat atau bantuan dari mereka kan. Sambil-sambil sertai bengkel tu, bolehla bertukar-tukar nombor telefon dan mula membina hubungan yang baik dengan mereka. Janganlah lepas balik bengkel senyap aje..tetibe ada benda nak mintak tolong barulah mesej. 

Ehm...integriti dan professionalism perlulah dijaga. Membina hubungan yang mutual bukan semudah itu. Perlu diingat, kena sentiasa menjaga adab sesama manusia ya. Sensei ingatkan..bukan apa sensei pun ramai berjumpa dengan mereka yang gagal menghormati keperluan orang lain bila meminta pertolongan. Sedih...!

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat atau tunjuk ajar dari orang perorangan atau konsultan , lebih elok jika bertanya dulu tentang kadar bayaran. Bukan apa, mereka memang bekerja sebagai konsultan jadi lojikla sekiranya mereka mengenakan bayaran untuk masa dan kemahiran mereka. Tak rugi pun bayar untuk menghargai ilmu dan kemahiran yang anda dapat..betul tak? Bila datang dengan tangan kosong, anda juga yang malu nak datang tanya kali ke-2 ye tak? Biar kita sama-sama ikhlas memberi dan menerima. Itu yang penting dalam menuntut ilmu.

8. Menguasai Kandungan

Yes..ini adalah langkah yang super penting. Kalau kita tidak menguasai asas kajian sendiri memang susah nak move on. Sebelum kita pitching idea kajian kita pada potential supervisor, lebih baik kita persiapkan dulu dengan pengetahuan asas tentang kajian kita. Sekurang-kurangnya kalau penyelia tanya, tak adalah gagap sangat nak jawab. Jawapan tak tepat tak sama dengan tak tahu..tau. Kalau jawapan kita tidak tepat, supervisor boleh betulkan atau beri penerangan yang lebih tepat. Kalau kita tak tahu langsung, payah juga nak mulakan perbincangan dengan penyelia kita. 

Jadi saranan sensei, bila dah ada tajuk, dan kenalpasti pembolehubah dan sudah merangka isu dan masalah kajian maka mulalah mendalami bidang kajian kita dengan membaca handbook dalam bidang kita. Buat bacaan yang intensif. Contoh macam kajian sensei ialah dalam bidang Design and Development Research (DDR), jadi sensei memang baca handbook DDR oleh Richey dan Klein (2004) iaitu prominent author dalam bidang DDR. Melalui bacaan handbook kita dapat menguasai bidang kajian dengan lebih lengkap berbanding dari apa yang kita dapat dari jurnal dan artikel. Ini kerana jurnal dan artikel biasanya menyentuh on the surface sahaja tentang asas bidang kajian tersebut kerana ia lebih fokus penulisan kepada dapatan kajian mereka.

Gambar 4: Buku DDR 

9. Jangan Malu Meminta Bantuan dan Nasihat

Jangan abaikan langkah ini. Sekiranya anda sudah mula buntu dan tak tahu di mana nak bermula balik, mulalah bertanya dan dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih tahu. Di sini lah gunanya kita bina hubungan yang baik dengan networking kita. Sensei dulu pun awalnya memang malu-malu segan gitu nak tanya. Kdang terdetik dalam hati "Eh..bodoh sangat ke soalan yang aku nak tanya ni"..last-last tak bertanya sesat jalan sorang-sorang. Mungkin di peringkat ini kita lebih selesa bertanya kepada mereka yang di luar komiti penyeliaan kita. Bukan apa, kadang-kadang rasa hormat kepada penyelia kita menjadikan kita segan nak tanya soalan-soalan yang kita anggap remeh namun ia sebenarnya penting bagi kita. 

So please, reach out! Cari mentor yang anda selesa untuk berbincang secara terbuka, mereka yang anda tahu takkan ambil ringan setiap soalan anda. Mereka yang akan membantu menyelesaikan kebuntuan anda dengan professional. Nanti pandai-pandai lah menunjukkan penghargaan ya. Sekali lagi kalau dari orang perorangan atau konsultan persendirian, rajin-rajin lah bertanya tentang kadar yuran perundingan. Apalah sangat berbanding dengan ilmu yang anda dapat. Jangan berkira nak keluarkan modal sikit untuk memberi kepada mereka yang sanggup membantu kita. Bagi mereka yang sanggup membantu kita tanpa meletakkan bayaran perundingan, tunjukkan lah tanda terima kasih dengan cara lain. Ingat tu..adab sebelum ilmu. InsyaAllah.

10. Beri ganjaran pada diri sendiri

Jangan lupa sayangi diri-sendiri. Apabila diri kita sihat dari segi rohani, mental, emosi dan fizikal maka barulah kita mampu membahagiakan mereka di sekeliling kita dan sekaligus boleh menjalani pengajian kita dengan lebih gagah. Mungkin ada yang terdetik "eleh...cakap memanglah senang, cuba buat" Hehe..sensei dah buat sebab tu sensei berani berkongsi dengan anda. Mulakan dengan usaha yang kecil-kecil dulu. Contoh, setiap kali kita mencapai matlamat yang ditetapkan tidak kira kecil atau besar, berilah ganjaran pada diri-sendiri. Pada awalnya, sensei memang tidak ambil berat tentang aktiviti reward diri sendiri ni. Namun sejak sensei mengamalkannya, memang rasa kelainan. Sensei menjadi lebih produktif untuk mencapai matlamat sensei sebab tak sabar nak dapat next reward. 

Macam kita main game lah kan, bila ada reward pada setiap level..kita teruja nak habiskan level tersebut untuk mendapatkan reward. Konsepnya sama. Langkah ini juga adalah salah satu cara untuk kita berehat seketika. Kalau dah penat atau letih yang amat tu, jangan putus asa tapi ambiklah cuti dari memikirkan tentang pengajian buat seketika. Orang yang sambung belajar ni kadang bukan penat badan tapi lebih kepada penat di dalam kepala. kan..? Mungkin boleh tempah hotel dekat-dekat kemudian pergilah rehatkan minda. Buat reservation facial atau urutan tradisional di dalam bilik misalnya boleh menjadi sangat-sangat melegakan.

Namun ia tak semestinya guna modal yang besar pun, yang penting suasana keraian itu sendiri bukan nilai reward yang perlu diberi fokus. Bagi sensei sehelai tudung baru, sekeping masker dari Watson atau satu scope aiskrim sudah mencukupi. Terpulang OK!

Gambar 5: Little reward bila dapat capat matlamat.
Time ni sensei reward diri sebab berjaya harungi kesibukan bergraduasi dan dapat sijil PhD. MyKori! Hehe..


Setakat ini sajalah perkongsian sensei kali ini. Sepuluh langkah ini bolehla disesuaikan mengikut keadaan masing-masing. Apa yang sensei kongsi ini 100% dari pengalaman yang sensei lalui. Dengan sepuluh langkah ini sensei berjaya mengekalkan motivasi sehingga habis pengajian. Struggling! yes..but at least gagah sehingga ke akhir garisan. Semoga anda juga berjaya mengambil langkah ini dan menghabiskan pengajian anda tak lama lagi. Seperti biasa kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah terus bertanya ya. InsyaAllah sensei akan cuba menjawab nya. 

Selamat Maju Jaya!

#Sensei





2 comments:

  1. Terima kasih banyak Dr. Insyaallah akan dipraktikkan semuanya.

    ReplyDelete

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei! Apa itu kajian yang "research able'? Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di b...