Selamat Datang ke blog Sensei!
Ada sahabat mesej sensei hari ni, katanya sudah dapat tarikh VIVA. Jangan tak tahu..bagi pelajar PG, dapat tarikh VIVA ni macam dapat tarikh nikah tau. Berdebar dia lain macam. Makanya, penting untuk kita benar-benar bersedia bagi memastikan kita tidak panik dan lebih tenang untuk menghadapi hari "besar" ini.
Jadi alang-alang sensei share disini ya antara langkah-langkah akhir untuk menghadapi VIVA berdasarkan pengalaman peribadi:
1. Baca dan hadam tesis.
Hadam! Itulah perkataan yang sesuai. Biar sampai kita tahu dan faham kulit ke kulit tesis kita sendiri. Ini adalah masa terbaik untuk kita mengenalpasti apa sahaja kesilapan kecil atau besar yang sengaja atau tidak disengajakan di dalam tesis kita.
Tandakan kesilapan dan cari tahu di mana kita boleh betulkan. Jangan risau, semasa sesi soal jawab, panel bertanya sambil kita boleh belek-belek tesis kita. Rancang siap-siap jawapan, in case panel timbulkan isu tersebut, kita dah boleh jawab dengan lancar. Dalam masa sama raikan pendapat dan saranan dari panel. Barulah penulisan kita nanti jadi umpph!
Gambar 1: Tesis PhD sensei yang dihantar untuk VIVA voce. |
2. Menyediakan slaid PowerPoint.
Ya! sudah tentu slaid untuk VIVA juga sangat penting untuk diberi perhatian. Kalau boleh janganla buat last minute ya slaid ni. Pada hari VIVA, slaid kita mungkin boleh jadi penyelamat kepada kita di saat kelemasan. Sensei sendiri memperuntukkan masa lebih kurang sebulan untuk mereka bentuk, memasukkan kandungan dan menyemak point-point yang relevan untuk dimasukkan ke dalam slaid.
Penting untuk kita hanya memasukkan point-point yang powerful di dalam slaid. Elakkan ayat-ayat yang panjang tambah lagi kalau terus copy paste dari tesis..ini mmg a BIG NO! Elakkan juga menggunakan slaid transition dan animasi yang berlebihan atau tidak relevan. Tidak perlu masukkan gambar-gambar yang tiada kaitan dengan isi persembahan (contoh: gambar kartun pegang pensel..).
Gambar 2: Salah satu slaid VIVA sensei yang direkabentuk untuk kelihatan lebih professional dan berbentuk infografik. |
3. Menanda bahagian tesis.
Sambil-sambil baca dan hadam tesis tu tadi, bolehlah juga menanda bahagian tesis dengan menggunakan sticky note bersaiz kecil. Boleh lekatkan sticky note di bahagian tepi tesis dengan menulis tajuk ringkas di atasnya. Nasihat sensei, boleh guna teknik kod warna untuk membezakan satu bahagian dengan bahagian yang lain. Contoh, bahagian penting seperti kerangka teori atau kerangka konsep..gunalah sticky note warna merah. Jadi bila panel minta lihat kerangka kajian, terus boleh buka berdasarkan kedudukan sticky note. Banyak masa dijimatkan untuk mencari mukasurat. Yang penting kita nampak bersedia dan professional.
Gambar 3: Sticky note pelbagai warna digunakan untuk menandakan bahagian tesis. |
4. Meneliti kembali slaid PowerPoint.
Ketika ini, seharusnya kita dah bersedia dengan slaid. Jadi, tengok balik slaid PowerPoint yang telah disediakan, kalau boleh run through dengan SVs. Sebab SVs lebih berpengalaman di mana titik kelemahan yang selalu di tanya oleh panel. Masa ni juga boleh cek balik grammar and tenses..kot masih ada yang silap di sana sini. Nasihat sensei sediakan slaid ringkas, menarik dan sebaiknya dalam bentuk infografik.
5. Sediakan slaid tambahan.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan langkah ini. Tapi bagi sensei, lebih baik kita sediakan slaid tambahan untuk membetulkan mana-mana kesilapan yang ketara dalam tesis.
Letakkan slaid tambahan di akhir sekali. Kalau panel timbulkan isu tentang kesilapan itu, kita boleh siap-siap tunjuk pembetulan yang kita dah buat. Jadi, panel boleh terus boleh bagi saranan dan komen untuk penambahbaikan.
6. Sediakan skrip ringkas.
Mungkin bunyinya macam berlebih lebihan bagi sesetengah orang. Tapi bagi sensei ini penting supaya presentation kita lancar, tidak tersekat-sekat dengar "err..err..err" dan on point. Tambahan yang selalu cakap Bahasa Melayu tetiba nak kena present dalam Bahasa Inggeris, lebih baik buat extra preparation.
Sebab dalam bilik VIVA tu public speaker yang bagus pun boleh jadi speechless at certain point. Jadi lebih baik kita sediakan skrip ringkas untuk setiap slaid yang ingin dipersembahkan. Bagi yang lancar bercakap, bolehla buat dalam bentuk point dan praktis bagaimana nak sambung dari satu point kepada point yang lain supaya nampak kesinambungannya.
7. Lakukan sesi pre-VIVA.
Ada sesetengah fakulti seperti fakulti pengajian pendidikan UPM, kita boleh memohon untuk melakukan mock-VIVA sebelum sesi VIVA sebenar. Seorang panel akan dilantik untuk mendengar dan memberi cadangan penambahbaikan kepada kajian kita. Sesi ini bertujuan untuk menyediakan diri dengan keadaan VIVA yang sebenar. Sejujurnya bagi sensei, ia bagus untuk kita melatih diri supaya lebih bersedia dengan soalan-soalan dari panel teruramanya dari seseorang di luar komiti penyeliaan kita. Boleh juga buat sesi pre-VIVA yang lebih santai bersama SVs atau kawan-kawan untuk mendapatkan final thought mereka.
8. Berlatih menepati masa.
Sekurang-kurangnya seminggu sebelum VIVA, bolehla mula praktis skrip yang disediakan sambil set masa. Sekiranya terlebih masa, maka pandai-pandailah potong dimana-mana yang tidak penting. Masa untuk present ialah lebih kurang 20 minit. Sensei dulu pengerusi bagi 15 minit. Alhamdulillah dah praktis, maka sempatlah habis on time walaupun slaid ada 40.
9. Buat senarai semak dokumen.
Boleh lah mula menyusun dokumen yang perlu di bawa bersama. Bukan apa, mana tahu panel tetiba nak tengok borang permohonan kajian ke, borang kesahan pakar ke. Sensei siap bawa dua kotak yang penuh dengan test paper, pelbagai borang dan dokumen..standby dalam bonet kereta 😅. Jadi bersedia siap2 ya dengan semua dokumen penting dan apa sahaja bukti kajian samaada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Yang penting salinan tesis jangan tinggal tau.
10. Berdoalah.
Bunyinya macam cliche..tapi ini adalah langkah yang penting untuk menenangkan jiwa kita. Mohon pasangan, guru dan mak ayah supaya mendoakan kita. Semoga Allah berikan ketenangan dan permudahkan segala urusan kita di dalam bilik VIVA. Yakin Allah akan memberikan hasil yang setimpal dengan usaha keras kita.
InsyaAllah..nanti sensei kongsi pula tips semasa presentation ya.
Akhir kata dari sensei.. All the best! Kepada semua pelajar PG yang sedang berdebar menunggu tarikh nikah aka VIVA ni. 😊
Gambar 4: Merakamkan foto bersama komiti penyeliaan selepas sesi VIVA. Fuhhh...legaaaa! |
#TheSensei
No comments:
Post a Comment