Wednesday, April 29, 2020

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei!

Apa itu kajian yang "research able'?






Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di blog ini. Pejam celik kita sudah pun masuk ke PKP fasa ke empat. Tidak dapat dinafikan semua rakyat Malaysia terkesan dengan krisis ini dan ramai juga menghadapi kesulitan untuk meneruskan kehidupan seharian. Apapun, yakinlah dengan penuh iman bahawa Allah tidak akan pernah menzalimi hambanya yang beriman. Sensei juga percaya rakyat Malaysia mampu bangkit dari situasi ini. Sepanjang PKP ini juga ramai yang mula beradaptasi dengan suasana termasuklah The Sensei.

Sepanjang PKP ini, The Sensei tetap menganjurkan bengkel secara dalam talian untuk terus memberi manfaat kepada pascasiswazah. Antara bengkel yang berjaya dianjurka sepanjang PKP ini ialah Bengkel Online Penulisan Literatur (BOPL) dan Bengkel Online Pembangunan Modul (BOPM). The Sensei juga terus menjalankan sesi personal coaching online yang melibatkan pelajar Malaysia mahupun pelajar antarabangsa. InsyaAllah. Tiada alasan untuk kita berhenti belajar dan menulis. Manfaatkan masa yang ada sepanjang PKP ini untuk fokus kepada penulisan kita.

OK..hari ini sensei ingin berkongsi bagaimana nak menentukan samaada kajian kita boleh dilaksanakan atau tidak. Atau selalunya kita panggil kajian yang research able atau tidak. Langkah penting ini perlu dilakukan sebelum anda terjebak dengan lebih jauh dalam kajian yang tidak boleh dikaji.

Pernyataan Masalah,Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Langkah yang paling penting ialah perlu pastikan peryataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian selari. 

Isu: Isu dan masalah yang prominent di dalam bidang kajian 
Pernyataan masalah: Merupakan masalah-masalah yang ingin diselesaikan di dalam kajian
Objektif kajian: Dibina untuk menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan di dalam            peryataan maslah
Persoalan kajian: Soalan-soalan yang dibina untuk mencapai objektif kajian


Sensei bawakan analogi mudah supaya senang faham ya.

Contoh:

Masalah 1: Saya tidak tahu nama kawan yang duduk di sebelah saya.

Objektif 1 : Untuk mengetahui nama kawan yang duduk di sebelah saya.

Persoalan kajian: Apa nama awak?


Masalah 2: Saya tidak tahu di mana kawan saya tinggal.

Objektif 2: Untuk mengetahui di mana tempat tinggal kawan saya.

Persoalan kajian: Apakah alamat rumah awak?

Jadi ini merupakan langkah pertama. Objektif dan persoalan kajian haruslah dipastikan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan. 

Kali ini sensei bawakan contoh yang berkaitan dalam penyelidikan.

Contoh:

Masalah 1: Pelajar tidak memahami proses biologi yang dinamik dan abstrak kerana guru selalunya menunjukkan diagram yang statik di dalam kelas.

Objektif 1: Membina alat bantu mengajar supaya pelajar boleh melihat dengan jelas proses yang dinamik dan abstrak.

Persoalan kajian: Apakah bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membina alat bantu mengajar untuk menggambarkan dengan jelas proses biologi?

Ini yang dikatakan selari. Jika objektif dan persoalan kajian tidak dapat menyelesaikan masalah yang anda kemukakan, maka anda perlu ubah supaya ia akhirnya dapat mencapai objektif dan dapat menyelesaikan masalah. Simple je kan..!

Tak lojik tau kalau ojektif kita nak tahu nama, tapi persolan kajian kita dah kawin ke belum? Haa...tak selari lah kat situ.

Kaedah Analisis Data

Seterusnya anda perlu memastikan setiap data untuk menjawab persoalan kajian itu boleh diperolehi melalui teknik pengumpulan data dan data yang diperolehi boleh dianalisis menggunakan kaedah yang betul. Instrumen yang ingin digunakan untuk mengumpul data juga perlulah sesuai dan mampu dibina atau diperolehi dari sumber lain. Sensei ambil contoh di atas balik ya untuk selarikan dengan kaedah analisis data pula.

Contoh:

Masalah 1: Pelajar tidak memahami proses biologi yang dinamik dan abstrak kerana guru selalunya menunjukkan diagram yang statik di dalam kelas.

Objektif 1: Membina alat bantu mengajar supaya pelajar boleh melihat dengan jelas proses yang dinamik dan abstrak.

Persoalan kajian: Apakah bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membina alat bantu mengajar untuk menggambarkan dengan jelas proses biologi?

Teknik mengumpul data: Temubual dengan pakar bidang dan pelajar tingkatan 4

Kaedah analisis data: Analisis bertema (thematic analysis) menggunakan Atlas.ti

Instrumen: Soalan temubual separa berstruktur

Sampai di tahap ini maksudnya anda sudah cukup pasti yang masalah anda boleh diselesaikan kerana objektif, persoalan kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data dilihat selari dan bersesuaian untuk menjawab persolan kajian sekaligus dapat mencapai objektif kajian. Sensei nasihatkan buat dalam bentuk jadual lagi senang nak cek satu-satu antara objektif, persoalan kajian dan analisis data seperti contoh di bawah.


Contoh Jadual untuk Memastikan setting kajian selari


Selain daripada perkar-perkara on paper yang sensei kupas di atas, anda juga perlu memastikan dari segi kos, jangka masa, capaian, responden semuanya berada dalam kawalan anda. Jika anda merupakan PG yang self finance, mungkin kena fikir banyak kali jika kajian itu menelan berpuluh ribu ringgit. Jika target responden anda seorang VVIP, mungkin kena fikir banyak kali adakah mudah untuk mendapatkan masa dan komitmen dari figura begitu. Jika anda merupakan PG under HLP, mungkin kena fikir jika nature kajian anda perlu mengumpul data dari tiga benua contohnya..mungkin memakan masa yang lama. 

Semuanya mestilah selari dan boleh dilaksanakan. Sekiranya anda tidak pernah melakukan basic steps ini, sensei nasihatkan buat sekarang. Ini lah yang dikatakan kajian yang research able, iaitu boleh dikaji. Dari segi kos, timeline, kaedahnya, instrumen boleh dilaksanakan dalam setting anda sebagai PG.

Ok..senang kan? Jadi boleh mula cek kajian anda hari ini.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa share pada kawan-kawan dan follow blog The Sensei Story ok.

Ramadhan Kareem




Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei! Apa itu kajian yang "research able'? Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di b...