Wednesday, April 29, 2020

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei!

Apa itu kajian yang "research able'?






Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di blog ini. Pejam celik kita sudah pun masuk ke PKP fasa ke empat. Tidak dapat dinafikan semua rakyat Malaysia terkesan dengan krisis ini dan ramai juga menghadapi kesulitan untuk meneruskan kehidupan seharian. Apapun, yakinlah dengan penuh iman bahawa Allah tidak akan pernah menzalimi hambanya yang beriman. Sensei juga percaya rakyat Malaysia mampu bangkit dari situasi ini. Sepanjang PKP ini juga ramai yang mula beradaptasi dengan suasana termasuklah The Sensei.

Sepanjang PKP ini, The Sensei tetap menganjurkan bengkel secara dalam talian untuk terus memberi manfaat kepada pascasiswazah. Antara bengkel yang berjaya dianjurka sepanjang PKP ini ialah Bengkel Online Penulisan Literatur (BOPL) dan Bengkel Online Pembangunan Modul (BOPM). The Sensei juga terus menjalankan sesi personal coaching online yang melibatkan pelajar Malaysia mahupun pelajar antarabangsa. InsyaAllah. Tiada alasan untuk kita berhenti belajar dan menulis. Manfaatkan masa yang ada sepanjang PKP ini untuk fokus kepada penulisan kita.

OK..hari ini sensei ingin berkongsi bagaimana nak menentukan samaada kajian kita boleh dilaksanakan atau tidak. Atau selalunya kita panggil kajian yang research able atau tidak. Langkah penting ini perlu dilakukan sebelum anda terjebak dengan lebih jauh dalam kajian yang tidak boleh dikaji.

Pernyataan Masalah,Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Langkah yang paling penting ialah perlu pastikan peryataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian selari. 

Isu: Isu dan masalah yang prominent di dalam bidang kajian 
Pernyataan masalah: Merupakan masalah-masalah yang ingin diselesaikan di dalam kajian
Objektif kajian: Dibina untuk menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan di dalam            peryataan maslah
Persoalan kajian: Soalan-soalan yang dibina untuk mencapai objektif kajian


Sensei bawakan analogi mudah supaya senang faham ya.

Contoh:

Masalah 1: Saya tidak tahu nama kawan yang duduk di sebelah saya.

Objektif 1 : Untuk mengetahui nama kawan yang duduk di sebelah saya.

Persoalan kajian: Apa nama awak?


Masalah 2: Saya tidak tahu di mana kawan saya tinggal.

Objektif 2: Untuk mengetahui di mana tempat tinggal kawan saya.

Persoalan kajian: Apakah alamat rumah awak?

Jadi ini merupakan langkah pertama. Objektif dan persoalan kajian haruslah dipastikan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan. 

Kali ini sensei bawakan contoh yang berkaitan dalam penyelidikan.

Contoh:

Masalah 1: Pelajar tidak memahami proses biologi yang dinamik dan abstrak kerana guru selalunya menunjukkan diagram yang statik di dalam kelas.

Objektif 1: Membina alat bantu mengajar supaya pelajar boleh melihat dengan jelas proses yang dinamik dan abstrak.

Persoalan kajian: Apakah bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membina alat bantu mengajar untuk menggambarkan dengan jelas proses biologi?

Ini yang dikatakan selari. Jika objektif dan persoalan kajian tidak dapat menyelesaikan masalah yang anda kemukakan, maka anda perlu ubah supaya ia akhirnya dapat mencapai objektif dan dapat menyelesaikan masalah. Simple je kan..!

Tak lojik tau kalau ojektif kita nak tahu nama, tapi persolan kajian kita dah kawin ke belum? Haa...tak selari lah kat situ.

Kaedah Analisis Data

Seterusnya anda perlu memastikan setiap data untuk menjawab persoalan kajian itu boleh diperolehi melalui teknik pengumpulan data dan data yang diperolehi boleh dianalisis menggunakan kaedah yang betul. Instrumen yang ingin digunakan untuk mengumpul data juga perlulah sesuai dan mampu dibina atau diperolehi dari sumber lain. Sensei ambil contoh di atas balik ya untuk selarikan dengan kaedah analisis data pula.

Contoh:

Masalah 1: Pelajar tidak memahami proses biologi yang dinamik dan abstrak kerana guru selalunya menunjukkan diagram yang statik di dalam kelas.

Objektif 1: Membina alat bantu mengajar supaya pelajar boleh melihat dengan jelas proses yang dinamik dan abstrak.

Persoalan kajian: Apakah bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membina alat bantu mengajar untuk menggambarkan dengan jelas proses biologi?

Teknik mengumpul data: Temubual dengan pakar bidang dan pelajar tingkatan 4

Kaedah analisis data: Analisis bertema (thematic analysis) menggunakan Atlas.ti

Instrumen: Soalan temubual separa berstruktur

Sampai di tahap ini maksudnya anda sudah cukup pasti yang masalah anda boleh diselesaikan kerana objektif, persoalan kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data dilihat selari dan bersesuaian untuk menjawab persolan kajian sekaligus dapat mencapai objektif kajian. Sensei nasihatkan buat dalam bentuk jadual lagi senang nak cek satu-satu antara objektif, persoalan kajian dan analisis data seperti contoh di bawah.


Contoh Jadual untuk Memastikan setting kajian selari


Selain daripada perkar-perkara on paper yang sensei kupas di atas, anda juga perlu memastikan dari segi kos, jangka masa, capaian, responden semuanya berada dalam kawalan anda. Jika anda merupakan PG yang self finance, mungkin kena fikir banyak kali jika kajian itu menelan berpuluh ribu ringgit. Jika target responden anda seorang VVIP, mungkin kena fikir banyak kali adakah mudah untuk mendapatkan masa dan komitmen dari figura begitu. Jika anda merupakan PG under HLP, mungkin kena fikir jika nature kajian anda perlu mengumpul data dari tiga benua contohnya..mungkin memakan masa yang lama. 

Semuanya mestilah selari dan boleh dilaksanakan. Sekiranya anda tidak pernah melakukan basic steps ini, sensei nasihatkan buat sekarang. Ini lah yang dikatakan kajian yang research able, iaitu boleh dikaji. Dari segi kos, timeline, kaedahnya, instrumen boleh dilaksanakan dalam setting anda sebagai PG.

Ok..senang kan? Jadi boleh mula cek kajian anda hari ini.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa share pada kawan-kawan dan follow blog The Sensei Story ok.

Ramadhan Kareem




Wednesday, January 1, 2020

Langkah Praktikal Membina Kerangka Teori dan Kerangka Konsep dalam Kajian - Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke The Sensei. Personalising Learning.


Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun yang paling ditunggu-tunggu sepanjang zaman iaitu tahun 2020. Sensei juga sudah lama tidak menulis artikel baru di dalam blog kerana sibuk menyediakan persiapan bagi menghadapi tahun 2020. Hari ini sedikit berkelapangan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang bagaimana membina kerangka teori dan kerangka konsep.

Tidak dinafikan ramai sahabat PG yang datang berjumpa sensei dalam sesi personal coaching mahupun semasa bengkel masih keliru dengan dua jenis kerangka ini. Ramai juga yang memasukkan sekali prosedur kajian atau langkah kajian di dalam kerangka konsep yang mana ianya tidak perlu. Sensei dengan rendah hati menerangkan dalam bahasa yang mudah difahami untuk membentuk kerangka teori dan kerangka konsep. Maaf, sensei tidak menggunakan terma-terma penyelidikan yang complicated seperti induktif atau deduktif. Sensei nak elakkan kerana artikel ini bertujuan untuk membantu mereka yang benar-benar baru bermula. Jadi sensei guna bahasa mudah yang boleh difahami oleh sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak dengan penyelidikan.

Dua kerangka ini boleh dikatakan memang wajib ada di dalan kajian kuantitatif kerana hipotesis yang dibina juga perlulah berdasarkan perkaitan pembolehubah yang anda masukkan di dalam kerangka konsep. OK, jadi kita mulakan dengan apa sebenarnya kerangka teori dan kerangka konsep.

Kerangka Teori

Pemilihan teori adalah perkara yang fundamental dalam penyelidikan terutamanya jika anda di dalam bidang pendidikan dan sains sosial. Mana-mana kajian dalam bidang ini perlu didasarkan dengan teori yang sedia ada. Dari teori yang sedia ada, kemudian barulah kita cadangkan penambahbaikan atau extension untuk menyumbang kepada body of knowledge.

Kerangka teori merupakan kerangka yang dibina untuk menjadi asas utama kajian anda berdasarkan teori yang sudah wujud dan established di dalam bidang kajian yang anda pilih. Berdasarkan pengalaman peribadi sensei, setelah sensei mengemukakan penyataan masalah dan mencadangkan penyelesaian maka sensei sudah mula study teori apa yang sesuai untuk menjadi foundation kepada penyelesaian masalah yang dicadangkan.  Sensei ambil satu penyataan masalah dari kajian sensei sebagai contoh seperti dibawah.

Research Title: 
Development of a Problem Posing Multimedia Module and Its Effectiveness to Enhance Student Performance in form Four Biology

Problem Statement: 
Biology is considered as a tough subject because it consists a lot of dynamic and abstract processes and it is often misunderstood by students as the subject that requires a lot of memorising facts (Yarden & Yarden, 2010). Students face difficulties in understanding the concepts and various biological events that are unfamiliar and cannot be seen by the naked eye (ร‡imer, 2012).

Proposed solution:  
Hence, this study focuses on the development of a multimedia module that can facilitate students to visualise the abstract and dynamic processes regarding the concepts and applications in Biology. This module was also designed to help teachers deliver the content of the subject without worrying about time constraint to develop teaching materials. This module integrates the cognitive theory of multimedia learning (CTML) and inquiry learning through problem-posing instructional strategy (PPIS) to deliver the topic and subsequently enhances LOTS and HOTS among students.

Berdasarkan bacaan yang rigorous, teori yang sensei pilih untuk mendasari kajian sensei ialah teori pembelajaran kognitif multimedia oleh Mayer. Ini kerana sensei ingin membina modul multimedia bagi membantu pelajar melihat dan memahami proses yang berlaku di dalam sel melalui animasi. Elemen yang disenaraikan oleh Mayer bersesuaian dan favourable untuk kajian sensei.

Maka, kerangka teori sensei diambil dari CTML yang telah established di dalam bidang ID dan multimedia. 

Rajah 1: Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia


Biasanya kerangka teori akan diringkaskan dalam bentuk gambar rajah untuk menunjukkan pembolehubah dan hubungkait anatara pembolehubah yang ingin digunakan dalam kajian. Jadi, dalam modul yang sensei bangunkan perlu ada elemen yang dicadangkan di dalam teori seperti narration dan animation

Secara ringkasnya, kerangka teori adalah diambil dari teori yang sudah sedia ada bukan pandai-pandai cipta sendiri ya..hehe. Kadang-kadang anda boleh memilih sebahagian elemen yang sesuai sahaja daripada teori sedia ada untuk dimasukkan kedalam kerangka teori anda. Kemudian anda juga boleh mengambil sebahagian elemen dari teori yang lain untuk menjadikannya komprehensif dan menepati cadangan penyelesaian masalah kajian anda.

Kerangka Konsep

Bagaimana pula dengan kerangka konsep sensei? Haa..jangan pening-pening ya. Tarik nafas dulu, baca betul-betul. Fokus dan sedar. Gitu..!

Dalam bahasa mudahnya kerangka konsep ini adalah gabungan/hubungkait antara semua teori sedia ada yang anda pilih untuk mendasari kajian anda menjadi satu kerangka yang komprehensif dan boleh dikaji. Kerangka konsep anda perlu menggambarkan hubungan antara pembolehubah dengan jelas. Maksudnya semua pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tidak bersandar (IV) perlu hadir di dalam kerangka konsep. Fuhh..pening? Tula... fokus OK. Haha..jangan risau sensei bagi contoh. 

Dalam kajian sensei, sensei gabungkan teori kognitif multimedia dengan teori problem-posing dengan elemen 4C nya.


Rajah 2: Problem-Posing 4C Elemen


Teori Problem-posing digabungkan bersama teori kognitif multimedia menjadi seperti dibawah:


Rajah 3: 4C elemen digabungkan ke dalam teori kognitif multimedia


Kemudian ingat, anda juga perlu masukkan pembolehubah yang anda ingin ukur di akhir kajian anda ke dalam kerangka kajian. Di dalam kajian sensei, sensei nak ukur student performance...dari tiga sudut iaitu lower order thinking skills (LOTS), higher order thinking skills (HOTS) dan conceptual change. Jadi sensei perlu masukkan ketiga-tiganya ke dalam kerangka konsep untuk menunjukkan hubungan antara DV dan IV seperti dibawah:


Rajah 4: Students' Performance ialah DV kajian sensei yang ingin diukur di akhir kajian. Maka ketiga-tiganya perlu dimasukkan kedalam kerangka konsep untuk menunjukkan hubungan yang jelas antara DV dan IV.

Maka setelah membuat hubungkait antara teori sedia ada, gabungan teori sedia ada, pembolehubah yang ingin diukur terhasil lah kerangka konsep yang mendasari kajian kita. Berdasarkan kerangka konsep yang dibina, integrasi antara elemen multimedia, prior knowledge  dan problem-posing akan membantu meningkatkan students' performance.

Tidak dapat dinafikan dalam membentuk ringkasan melalui gambar rajah, anda juga perlu kreatif  untuk menyusun bagi menampakkan hubungan dengan jelas. Gambar rajah kerangka perlu lah nampak kemas, tersusun dan jelas perkaitannya antara satu sama lain.

Memang wajib buat dalam gambar rajah ke? Tidak..sekiranya anda mampu menerangkan dengan lengkap secara naratif, silakan. Namun sensei strongly adviced susun dan ringkaskan dalam gambar rajah supaya ia nampak lebih tersusun dan senang pula untuk kita explain kepada penyelia. 

Kalau sensei dulu-dulu, bermula dari kerangka konsep inilah sensei mula membuat pencarian artikel yang rigorous untuk hadam setiap teori dan konsep dalam kerangka. Kerana nanti di dalam fasa perbincangan, setiap elemen yang ada di dalam kerangka konsep perlu dibincangkan secara details bagi memberi justifikasi terhadap dapatan kajian kita. Nanti sensei up lagi satu artikel khusus untuk perbincangan ya. kita buat step by step OK.

Aktiviti Kajian

Aktiviti kajian seperti langkah melakukan analisis keperluan, membina modul atau mendapatkan kebenaran dari pihak autoriti tidak perlu dimasukkan ke dalam kerangka konsep. Mungkin boleh wujudkan satu subtopik untuk menerangkan prosedur kajian yang akan dijalankan. Sensei bina satu lagi flow chart untuk menunjukkan langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan kajian seperti di bawah:

Rajah 5: Aktiviti Penyelidikan


Jadi, dah boleh fikir dan mula mencari artikel tentang teori yang sesuai. Google dulu pun tak pe, untuk melihat teori apa yang selalu digunakan di dalam bidang anda. Dan macam biasa, ada pertanyaan boleh la terus tanya. InsyaAllah akan sensei jawab satu persatu. 

Selamat Maju Jaya!

#TheSensei
#PersonalisingLearning

Friday, December 6, 2019

SEPULUH Langkah Praktikal Mengekalkan Motivasi Sepanjang Pengajian | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke Blog Sensei!


Menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau PhD bukanlah satu keputusan yang boleh diambil ringan. Perjalanan ini sudah tentu akan penuh dengan ujian dan dugaan. Mungkin masa mula-mula mendaftar kita merasa teruja, seronok dan sangat yakin untuk mengharunginya, namun jangan terkejut ramai yang terkandas di tengah jalan dek kerana hilang semangat, buntu dan tiada motivasi untuk meneruskannya. Ada sesetengah yang putus harapan terus nak habiskan pengajian. 

Tidak dinafikan sensei juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan sepanjang pengajian. Kalau nak disenaraikan satu-satu tak cukup 7 hari 7 malam. Alhamdulillah sensei berjaya mengharunginya dan Graduate On Time. Syukur.

Gambar 1: Alhamdulillah...sensei berjaya Graduate on Time


Jom kita intai SEPULUH langkah praktikal yang sensei ambil bagi mengekalkan motivasi sehingga habis pengajian.

1. Cari zon selesa

Mungkin sering kita dengar quotes ni "Life Begins at the End of your Comfort Zone". Dalam banyak keadaan, mungkin sensei bersetuju, cuma untuk kes nak sambung pengajian sensei lebih suka mencari zon selesa. Contohnya...yang pertama sekali, sensei akan cari universiti yang dekat dengan rumah. Supaya kita senang nak berurusan terutamanya berkaitan dengan dokumen-dokumen pengajian yang memerlukan kita berulang-alik dengan kerap. Bayangkan kalau universiti itu berada jauh dari rumah, kita kena fikir masa wang dan tenaga yang perlu kita korbankan. Sanggup? Jika ya..maka anda berada di dalam zon selesa anda. 


Gambar 2: UPM menjadi universiti pilihan sensei


Contoh yang kedua, stesen belajar. Ini juga perlu dilakukan di dalam zon selesa kita. Ada yang lebih suka berada di perpustakaan, ada yang lebih selesa belajar santai-santai sambil baby sit anak-anak di rumah dan ada juga yang lebih selesa belajar di Starbucks. Terpulang...tapi memang kita cari tempat yang kita selesa kan. Nak study macam mana kalau tak selesa dan banyak gangguan. Jiwa pun tak tenang. Bagi sensei, banyak perkara (e.g: seperti universiti, tempat ulangkaji, penyelia, komiti penyeliaan, bidang kajian, tajuk kajian dan tempat kajian) yang perlu berada di dalam zon selesa kita supaya perjalanan yang berliku ini sedikit sebanyak boleh dimudahkan. Sudah tentu kita tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan, sekurang-kurangnya kita melakukan persediaan awal.

2. Tetapkan matlamat yang jelas

Sensei selalu tanya kepada peserta bengkel dan sahabat yang datang untuk personal coaching, apa matlamat awak? Ramai juga yang jawab, "saya nak habiskan je PhD ni sensei..tu je matlamat saya". Tak ada salahnya matlamat yang begitu, cuma bunyinya terlalu umum. Nak habiskan PhD dalam masa berapa lama? Ada sesetengah dari kita mungkin tak kisah berapa lama pengajian asalkan habis, namun sejujurnya bagi sensei semakin cepat kita dapat selesaikan pengajian ini semakin cepat kita merasa lega. Terutamanya bagi mereka yang menyambung pengajian dengan wang simpanan sendiri kan. Jadi, nasihat sensei buat matlamat yang jelas dan spesifik. Contoh:

Saya akan menghabiskan PhD saya dalam masa 3 tahun.
Saya nak bentang proposal pada semester ke-2. 
Saya nak analisis data pada semester ke-4.

Sebut dengan jelas, tulis dengan jelas dan kemudian barulah boleh rancang tindakan dengan jelas. Setiap hari sebutlah dengan jelas matlamat itu dalam doa kita. InsyaAllah. Strategi ini juga boleh digunakan untuk menetapkan matlamat lain dalam hidup kita.

3. Bina Garis Masa Pengajian @ Penyelidikan (Study @ Research Timeline)

Ada yang panggil research timeline, ada yang panggil study timeline ada juga yang terus panggil carta Gantt. Sensei combine semua sekali sebab senang nak view secara keseluruhan. Apapun panggilannya, pastikan kita membayangkan benda yang sama ya. Karang tak sama channel pulak. Hehe. Ok...sesudah selesai menetapkan matlamat dengan jelas. Bolehlah mula membina research timeline dalam bentuk Carta Gantt. 

Senaraikan semua aktiviti penyelidikan yang perlu dilaksanakan termasuklah proses-proses yang perlu dilalui untuk melengkapkan pengajian anda seperti pembentangan kertas cadangan. Kemudian, masukkan sela masa perlaksanaan. Carta Gantt ini sangat membantu untuk melihat garis masa pengajian dan penyelidikan kita secara keseluruhan, maka lebih senang juga kita nak rancang jadual harian untuk tindakan kita.

Gambar 3: Carta Gantt yang sensei bina sepanjang pengajian dan penyelidikan 

4. Rancang Jadual Tindakan

Bila timeline dah cantik dan sudah menepati tuntutan pengajian anda..bolehla mula merangka jadual tindakan. Sensei panggil jadual tindakan kerana di sini kita akan merancang jadual mingguan atau bulanan tentang tindakan yang perlu diambil untuk meet dengan timeline dalam Carta Gantt. Contoh, katalah dalam semester 1 anda telah meletakkan sela masa untuk meyiapkan kertas cadangan. Jadi, jadual tindakan haruslah selari dengan Carta Gantt. Tetapkan tarikh untuk anda bina tajuk, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian, kajian literatur dan kaedah penyelidikan. Selitkan juga aktiviti seperti menulis artikel pertama, bila tarikh nak hantar ke publisher dan jangkakan juga masa untuk artikel pertama berjaya untuk diterbitkan. 

Bila ada jadual tindakan yang komprehensif begini, kita akan sentiasa alert tentang apa yang perlu dicapai. Sensei sendiri buat beberapa salinan jadual ini dan diletakkan di dalam diari, di bawah cermin meja dan juga di cermin tilik. Tu diaa...! 

5. Berdisplin dan Fleksibel

OK.. kalau dah setting empat langkah di atas, tapi tidak berdisplin pun tidak akan mendatangkan hasil apa-apa. Kita selalu mendidik anak-anak untuk mematuhi rutin harian mereka dengan baik seperti waktu solat, mandi, makan, kemas rumah, dan cuci tandas. Makanya, kita juga perlu mendidik diri-sendiri untuk patuh kepada jadual yang kita sendiri bina. Ikut dengan penuh displin. Bila kita perlu fleksibel? Sekiranya ada hal-hal kecemasan yang menghalang kita dari memenuhi jadual maka berlapang dada dan anjak lah sikit aktiviti dalam jadual. Jangan lah pula kita tertekan kerana gagal patuhi jadual. Dalam dunia PG, pelbagai dugaan dan ujian yang akan kita tempuh, jadi kena set minda supaya menjadi lebih fleksibel dan dalam masa yang sama boleh berfikiran rasional dalam menghadapai halangan yang mendatang.

6. Tingkatkan kemahiran

Berdasarkan pengalaman peribadi, apabila selesai membina jadual dan timeline.. sensei sudah mula merasa lega dan motivasi berada di tahap yang baik untuk meneruskan perjalanan ini. Namun penting untuk sensei nak ingatkan, tanpa kemahiran asas bagi menjalankan penyelidikan... lama-kelamaan motivasi yang setinggi gunung pun boleh runtuh menjadi rata. Makanya, rancang juga untuk menghadiri bengkel-bengkel pascasiswazah untuk meningkatkan kemahiran diri mengendalikan tools untuk analisis atau pengurusan artikel dan tesis. Contoh bengkel yang boleh dihadiri ialah bengkel Mendeley, Atlas.ti, SPSS, SEM AMOS, Rasch, kualitatif, penyediaan proposal, penulisan tesis dan keadah penyelidikan. 

Sensei bagi secara umum sahaja tau, tu bukan merujuk kepada mana-mana organisasi atau individu yang menganjur bengkel. Namun sensei percaya, sekolah pengajian siswazah universiti masing-masing giat menganjurkan bengkel begitu juga perpustakaan. Kalau di UPM, perpustakaan ada menganjur kan bengkel berkala untuk PG. Boleh layari http://courseslib.upm.edu.my/courseslib/  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bengkel yang dianjurkan ya.

7. Bina Jaringan Kerjasama (Networking)

Ini juga langkah penting bagi PG. Melalui jalinan kerjasama, PG lebih senang untuk berkolaborasi bagi memenuhi keperluan penyelidikan. PG ni bukan calang-calang orang, maisng-masing ada peranan penting dalam organisasi dan komuniti. Jadi siapa tahu kalau satu hari nanti kita perlukan bimbingan, nasihat atau bantuan dari mereka kan. Sambil-sambil sertai bengkel tu, bolehla bertukar-tukar nombor telefon dan mula membina hubungan yang baik dengan mereka. Janganlah lepas balik bengkel senyap aje..tetibe ada benda nak mintak tolong barulah mesej. 

Ehm...integriti dan professionalism perlulah dijaga. Membina hubungan yang mutual bukan semudah itu. Perlu diingat, kena sentiasa menjaga adab sesama manusia ya. Sensei ingatkan..bukan apa sensei pun ramai berjumpa dengan mereka yang gagal menghormati keperluan orang lain bila meminta pertolongan. Sedih...!

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat atau tunjuk ajar dari orang perorangan atau konsultan , lebih elok jika bertanya dulu tentang kadar bayaran. Bukan apa, mereka memang bekerja sebagai konsultan jadi lojikla sekiranya mereka mengenakan bayaran untuk masa dan kemahiran mereka. Tak rugi pun bayar untuk menghargai ilmu dan kemahiran yang anda dapat..betul tak? Bila datang dengan tangan kosong, anda juga yang malu nak datang tanya kali ke-2 ye tak? Biar kita sama-sama ikhlas memberi dan menerima. Itu yang penting dalam menuntut ilmu.

8. Menguasai Kandungan

Yes..ini adalah langkah yang super penting. Kalau kita tidak menguasai asas kajian sendiri memang susah nak move on. Sebelum kita pitching idea kajian kita pada potential supervisor, lebih baik kita persiapkan dulu dengan pengetahuan asas tentang kajian kita. Sekurang-kurangnya kalau penyelia tanya, tak adalah gagap sangat nak jawab. Jawapan tak tepat tak sama dengan tak tahu..tau. Kalau jawapan kita tidak tepat, supervisor boleh betulkan atau beri penerangan yang lebih tepat. Kalau kita tak tahu langsung, payah juga nak mulakan perbincangan dengan penyelia kita. 

Jadi saranan sensei, bila dah ada tajuk, dan kenalpasti pembolehubah dan sudah merangka isu dan masalah kajian maka mulalah mendalami bidang kajian kita dengan membaca handbook dalam bidang kita. Buat bacaan yang intensif. Contoh macam kajian sensei ialah dalam bidang Design and Development Research (DDR), jadi sensei memang baca handbook DDR oleh Richey dan Klein (2004) iaitu prominent author dalam bidang DDR. Melalui bacaan handbook kita dapat menguasai bidang kajian dengan lebih lengkap berbanding dari apa yang kita dapat dari jurnal dan artikel. Ini kerana jurnal dan artikel biasanya menyentuh on the surface sahaja tentang asas bidang kajian tersebut kerana ia lebih fokus penulisan kepada dapatan kajian mereka.

Gambar 4: Buku DDR 

9. Jangan Malu Meminta Bantuan dan Nasihat

Jangan abaikan langkah ini. Sekiranya anda sudah mula buntu dan tak tahu di mana nak bermula balik, mulalah bertanya dan dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih tahu. Di sini lah gunanya kita bina hubungan yang baik dengan networking kita. Sensei dulu pun awalnya memang malu-malu segan gitu nak tanya. Kdang terdetik dalam hati "Eh..bodoh sangat ke soalan yang aku nak tanya ni"..last-last tak bertanya sesat jalan sorang-sorang. Mungkin di peringkat ini kita lebih selesa bertanya kepada mereka yang di luar komiti penyeliaan kita. Bukan apa, kadang-kadang rasa hormat kepada penyelia kita menjadikan kita segan nak tanya soalan-soalan yang kita anggap remeh namun ia sebenarnya penting bagi kita. 

So please, reach out! Cari mentor yang anda selesa untuk berbincang secara terbuka, mereka yang anda tahu takkan ambil ringan setiap soalan anda. Mereka yang akan membantu menyelesaikan kebuntuan anda dengan professional. Nanti pandai-pandai lah menunjukkan penghargaan ya. Sekali lagi kalau dari orang perorangan atau konsultan persendirian, rajin-rajin lah bertanya tentang kadar yuran perundingan. Apalah sangat berbanding dengan ilmu yang anda dapat. Jangan berkira nak keluarkan modal sikit untuk memberi kepada mereka yang sanggup membantu kita. Bagi mereka yang sanggup membantu kita tanpa meletakkan bayaran perundingan, tunjukkan lah tanda terima kasih dengan cara lain. Ingat tu..adab sebelum ilmu. InsyaAllah.

10. Beri ganjaran pada diri sendiri

Jangan lupa sayangi diri-sendiri. Apabila diri kita sihat dari segi rohani, mental, emosi dan fizikal maka barulah kita mampu membahagiakan mereka di sekeliling kita dan sekaligus boleh menjalani pengajian kita dengan lebih gagah. Mungkin ada yang terdetik "eleh...cakap memanglah senang, cuba buat" Hehe..sensei dah buat sebab tu sensei berani berkongsi dengan anda. Mulakan dengan usaha yang kecil-kecil dulu. Contoh, setiap kali kita mencapai matlamat yang ditetapkan tidak kira kecil atau besar, berilah ganjaran pada diri-sendiri. Pada awalnya, sensei memang tidak ambil berat tentang aktiviti reward diri sendiri ni. Namun sejak sensei mengamalkannya, memang rasa kelainan. Sensei menjadi lebih produktif untuk mencapai matlamat sensei sebab tak sabar nak dapat next reward. 

Macam kita main game lah kan, bila ada reward pada setiap level..kita teruja nak habiskan level tersebut untuk mendapatkan reward. Konsepnya sama. Langkah ini juga adalah salah satu cara untuk kita berehat seketika. Kalau dah penat atau letih yang amat tu, jangan putus asa tapi ambiklah cuti dari memikirkan tentang pengajian buat seketika. Orang yang sambung belajar ni kadang bukan penat badan tapi lebih kepada penat di dalam kepala. kan..? Mungkin boleh tempah hotel dekat-dekat kemudian pergilah rehatkan minda. Buat reservation facial atau urutan tradisional di dalam bilik misalnya boleh menjadi sangat-sangat melegakan.

Namun ia tak semestinya guna modal yang besar pun, yang penting suasana keraian itu sendiri bukan nilai reward yang perlu diberi fokus. Bagi sensei sehelai tudung baru, sekeping masker dari Watson atau satu scope aiskrim sudah mencukupi. Terpulang OK!

Gambar 5: Little reward bila dapat capat matlamat.
Time ni sensei reward diri sebab berjaya harungi kesibukan bergraduasi dan dapat sijil PhD. MyKori! Hehe..


Setakat ini sajalah perkongsian sensei kali ini. Sepuluh langkah ini bolehla disesuaikan mengikut keadaan masing-masing. Apa yang sensei kongsi ini 100% dari pengalaman yang sensei lalui. Dengan sepuluh langkah ini sensei berjaya mengekalkan motivasi sehingga habis pengajian. Struggling! yes..but at least gagah sehingga ke akhir garisan. Semoga anda juga berjaya mengambil langkah ini dan menghabiskan pengajian anda tak lama lagi. Seperti biasa kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah terus bertanya ya. InsyaAllah sensei akan cuba menjawab nya. 

Selamat Maju Jaya!

#Sensei





Sunday, December 1, 2019

SEPULUH Langkah Praktikal Menghadapi VIVA | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke blog Sensei!



Ada sahabat mesej sensei hari ni, katanya sudah dapat tarikh VIVA. Jangan tak tahu..bagi pelajar PG, dapat tarikh VIVA ni macam dapat tarikh nikah tau. Berdebar dia lain macam. Makanya, penting untuk kita benar-benar bersedia bagi memastikan kita tidak panik dan lebih tenang untuk menghadapi hari "besar" ini.

Jadi alang-alang sensei share disini ya antara langkah-langkah akhir untuk menghadapi VIVA berdasarkan pengalaman peribadi:

1. Baca dan hadam tesis.

Hadam! Itulah perkataan yang sesuai. Biar sampai kita tahu dan faham kulit ke kulit tesis kita sendiri. Ini adalah masa terbaik untuk kita mengenalpasti apa sahaja kesilapan kecil atau besar yang sengaja atau tidak disengajakan di dalam tesis kita.
Tandakan kesilapan dan cari tahu di mana kita boleh betulkan. Jangan risau, semasa sesi soal jawab, panel bertanya sambil kita boleh belek-belek tesis kita. Rancang siap-siap jawapan, in case panel timbulkan isu tersebut, kita dah boleh jawab dengan lancar. Dalam masa sama raikan pendapat dan saranan dari panel. Barulah penulisan kita nanti jadi umpph!

Gambar 1: Tesis PhD sensei yang dihantar untuk VIVA voce. 


2. Menyediakan slaid PowerPoint.

Ya! sudah tentu slaid untuk VIVA juga sangat penting untuk diberi perhatian. Kalau boleh janganla buat last minute ya slaid ni. Pada hari VIVA, slaid kita mungkin boleh jadi penyelamat kepada kita di saat kelemasan. Sensei sendiri memperuntukkan masa lebih kurang sebulan untuk mereka bentuk, memasukkan kandungan dan menyemak point-point yang relevan untuk dimasukkan ke dalam slaid. 
Penting untuk kita hanya memasukkan point-point yang powerful di dalam slaid. Elakkan ayat-ayat yang panjang tambah lagi kalau terus copy paste dari tesis..ini mmg a BIG NO! Elakkan juga menggunakan slaid transition dan animasi yang berlebihan atau tidak relevan. Tidak perlu masukkan gambar-gambar yang tiada kaitan dengan isi persembahan (contoh: gambar kartun pegang pensel..). 

Gambar 2: Salah satu slaid VIVA sensei yang direkabentuk untuk kelihatan lebih professional dan berbentuk infografik.


3. Menanda bahagian tesis.
Sambil-sambil baca dan hadam tesis tu tadi, bolehlah juga menanda bahagian tesis dengan menggunakan sticky note bersaiz kecil. Boleh lekatkan sticky note di bahagian tepi tesis dengan menulis tajuk ringkas di atasnya. Nasihat sensei, boleh guna teknik kod warna untuk membezakan satu bahagian dengan bahagian yang lain. Contoh, bahagian penting seperti kerangka teori atau kerangka konsep..gunalah sticky note warna merah. Jadi bila panel minta lihat kerangka kajian, terus boleh buka berdasarkan kedudukan sticky note. Banyak masa dijimatkan untuk mencari mukasurat. Yang penting kita nampak bersedia dan professional.

Gambar 3: Sticky note pelbagai warna digunakan untuk menandakan bahagian tesis.


4. Meneliti kembali slaid PowerPoint.
Ketika ini, seharusnya kita dah bersedia dengan slaid. Jadi, tengok balik slaid PowerPoint yang telah disediakan, kalau boleh run through dengan SVs. Sebab SVs lebih berpengalaman di mana titik kelemahan yang selalu di tanya oleh panel. Masa ni juga boleh cek balik grammar and tenses..kot masih ada yang silap di sana sini. Nasihat sensei sediakan slaid ringkas, menarik dan sebaiknya dalam bentuk infografik.

5. Sediakan slaid tambahan.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan langkah ini. Tapi bagi sensei, lebih baik kita sediakan slaid tambahan untuk membetulkan mana-mana kesilapan yang ketara dalam tesis.
Letakkan slaid tambahan di akhir sekali. Kalau panel timbulkan isu tentang kesilapan itu, kita boleh siap-siap tunjuk pembetulan yang kita dah buat. Jadi, panel boleh terus boleh bagi saranan dan komen untuk penambahbaikan.

6. Sediakan skrip ringkas.
Mungkin bunyinya macam berlebih lebihan bagi sesetengah orang. Tapi bagi sensei ini penting supaya presentation kita lancar, tidak tersekat-sekat dengar "err..err..err" dan on point. Tambahan yang selalu cakap Bahasa Melayu tetiba nak kena present dalam Bahasa Inggeris, lebih baik buat extra preparation.
Sebab dalam bilik VIVA tu public speaker yang bagus pun boleh jadi speechless at certain point. Jadi lebih baik kita sediakan skrip ringkas untuk setiap slaid yang ingin dipersembahkan. Bagi yang lancar bercakap, bolehla buat dalam bentuk point dan praktis bagaimana nak sambung dari satu point kepada point yang lain supaya nampak kesinambungannya.

7. Lakukan sesi pre-VIVA.
Ada sesetengah fakulti seperti fakulti pengajian pendidikan UPM, kita boleh memohon untuk melakukan mock-VIVA sebelum sesi VIVA sebenar. Seorang panel akan dilantik untuk mendengar dan memberi cadangan penambahbaikan kepada kajian kita. Sesi ini bertujuan untuk menyediakan diri dengan keadaan VIVA yang sebenar. Sejujurnya bagi sensei, ia bagus untuk kita melatih diri supaya lebih bersedia dengan soalan-soalan dari panel teruramanya dari seseorang di luar komiti penyeliaan kita. Boleh juga buat sesi pre-VIVA yang lebih santai bersama SVs atau kawan-kawan untuk mendapatkan final thought mereka. 

8. Berlatih menepati masa.
Sekurang-kurangnya seminggu sebelum VIVA, bolehla mula praktis skrip yang disediakan sambil set masa. Sekiranya terlebih masa, maka pandai-pandailah potong dimana-mana yang tidak penting. Masa untuk present ialah lebih kurang 20 minit. Sensei dulu pengerusi bagi 15 minit. Alhamdulillah dah praktis, maka sempatlah habis on time walaupun slaid ada 40. 

9. Buat senarai semak dokumen.
Boleh lah mula menyusun dokumen yang perlu di bawa bersama. Bukan apa, mana tahu panel tetiba nak tengok borang permohonan kajian ke, borang kesahan pakar ke. Sensei siap bawa dua kotak yang penuh dengan test paper, pelbagai borang dan dokumen..standby dalam bonet kereta ๐Ÿ˜…. Jadi bersedia siap2 ya dengan semua dokumen penting dan apa sahaja bukti kajian samaada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Yang penting salinan tesis jangan tinggal tau.

10. Berdoalah.
Bunyinya macam cliche..tapi ini adalah langkah yang penting untuk menenangkan jiwa kita. Mohon pasangan, guru dan mak ayah supaya mendoakan kita. Semoga Allah berikan ketenangan dan permudahkan segala urusan kita di dalam bilik VIVA. Yakin Allah akan memberikan hasil yang setimpal dengan usaha keras kita.

InsyaAllah..nanti sensei kongsi pula tips semasa presentation ya.

Akhir kata dari sensei.. All the best! Kepada semua pelajar PG yang sedang berdebar menunggu tarikh nikah aka VIVA ni. ๐Ÿ˜Š



Gambar 4: Merakamkan foto bersama komiti penyeliaan selepas sesi VIVA. Fuhhh...legaaaa!



#TheSensei

Saturday, November 30, 2019

Isu Kajian vs Masalah Kajian | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke Blog Sensei!


Alhamdulillah, cecah sehari blog The Sensei "lahir", sudah mencecah 400 views. Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua. Bila nampak ramai yang semangat nak membaca perkongsian sensei, sensei dua kali semangat nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.

Harap post sensei yang pertama tentang bagaimana mencari tajuk kajian membantu serba sedikit memberi idea ya. (Langkah Praktikal Mencari Tajuk Kajian)


Kenalpasti Pembolehubah

Pagi-pagi hari ini ada sahabat yang mesej, dah dapat idea untuk tajuk kajian selepas baca artikel di blog sensei. Terus beliau tanya  "Sensei, lepas dah dapat tajuk kajian..nak buat apa? Nanti sensei share tau" Fuhh... tak sabar-sabar tuh nak ke next step. Betullah tu, bila dah dapat gambaran tajuk, maka nak buat apa pulak selepas itu. Ok, mengikut pengalaman peribadi sensei bila dah dapat gambaran awal tajuk, buat dua langkah ini:
  1. Tulis dengan jelas tajuk tersebut 
  2. Kenalpasti pembolehubah (bersandar = dependent variable, DV & pembolehubah tidak bersandar = independent variable, IV). 
Sejujurnya kalau cepat-cepat nak cakap memang boleh tunggang terbalik IV dengan DV ni. Sensei sampai sudah tersasul-sasul bila nak sebut IV dan DV...Hehe.

Contohnya, sensei ambil tajuk tesis sensei "Development of Problem Posing Multimedia Module and Its Effectiveness to Enhance Student Performance in Form Four Biology". Kenalpasti IV dan DV. Student performance dipengaruhi oleh Problem Posing Multimedia Module. Makanya:

IV   : Problem-Posing Multimedia Module
DV : Student Performance


Ini adalah IV dan DV yang utama. Ini untuk sekurang-kurangnya kita sudah boleh mula menulis. Sudah tentu kita perlu kenalpasti beberapa lagi DV untuk menjadikan kajian kita lebih komprehensif. Ini boleh didapati daripada bacaan yang intensif dari pelbagai sumber dan perbincangan bersama komiti.


Analogi Cirit-Birit

Suspen betul tengok tajuk cirit-birit ya. Sabar..hehe.

Dah selesai bab tajuk, langkah seterusnya ialah mengenalpasti isu kajian dan masalah kajian dalam kajian kita. Sejujurnya ramai yang keliru antara kedua terma ini dan penting sebenarnya untuk kita membezakan antara keduanya. Walaupun nampak macam sama, sebenarnya ada perbezaan antara keduanya. Eh..jangan berkerut dahi..jangan risau, sensei terangkan satu persatu ya.

Sensei bawakan satu analogi untuk kita fahamkan situasi ini. Katalah anakanda kita sakit perut dan mula mengalami cirit-birit. Kemudian anakanda mula mengalami kejang perut, muntah-muntah dan demam. Sudah tentu kita dah mula risau kan. Apa yang kita buat? Ya, kita bawa anak berjumpa doktor. Doktor seperti biasa akan tanya "Anak sakit apa?" hehe...jadi kita terangkan apa yang berlaku pada anak kita. Apa yang kita terangkan itu dinamakan sebagai simptom atau tanda-tanda kepada sesuatu masalah sebenar yang belum dikenalpasti. Bolehlah kita katakan tanda-tanda atau simptom itu sebagai isu yang kita alami sekarang. 

Kemudian doktor akan cek serba sedikit dan soal siasat sikit. Kemudian setelah berpuas hati, doktor akan prescribe ubat untuk anakanda kita. Pernah tak kita tanya doktor "Apa punca yang sebenarnya doktor anakanda saya ni cirit-birit?" eh..takkan tak pernah. Kalau sensei itu soalan wajib tu. Jadi doktor kemungkinan terangkan yang anakanda kita mungkin keracunan makanan. Makanan yang terdedah boleh mengandungi pelbagai jenis virus, bakteria atau parasit. Bakteria itulah yang menyebabkan anakanda kita mengalami simptom cirit birit tersebut. OK, so ini masalah sebenar yang kita perlu tangani. Cirit-birit (isu) akan selesai apabila kita menangani jangkitan bakteria (masalah sebenar).

Jadi apa yang kita nak selesaikan ialah masalah sebenar..bila berjaya menangani masalah sebenar maka isu juga akan boleh diselesaikan. Jelas? Kalau dah jelas mari sensei terangkan dalam konteks kajian pula.


Isu Kajian vs Masalah Kajian

Katalah sensei ambik contoh ya satu isu dalam kajian PhD sensei, iaitu penurunan peratus pelajar yang mengambil subjek Biologi sebagai subjek elektif di tahap menengah atas. Ini merupakan isu/simptom/tanda-tanda (sama macam cirit-birit). 


Gambar 1: Slaid VIVA sensei yang memaparkan isu utama dalam kajian.




Masalah sebenar yang menyumbang kepada penurunan ini ialah miskonsepsi bahawa Biologi merupakan subjek yang menghafal dan proses yang abstrak di dalam Biologi sukar difahami oleh pelajar (sensei ambik dua contoh sahaja). Ini merupakan masalah sebenar iaitu sama dengan analogi kita tadi iaitu jangkitan bakteria. 



Gambar 2: Slaid VIVA sensei yang memaparkan masalah kajian.


Maka, kajian kita bertujuan untuk menyelesaikan dua masalah iaitu miskonsepsi dan kesukaran memahami proses Biologi. Sekiranya kajian kita boleh merangka kaedah, strategi atau pendekatan yang baru untuk menangani masalah yang disebut di atas maka isu penurunan kemungkinan besar boleh ditangani. Dalam kes kajian sensei, sensei mencadangkan strategi pengajaran melalui modul multimedia untuk menjadikan proses biologi yang abstrak lebih senang difahami oleh pelajar. Bila dah jelas antara isu dan masalah barulah kita boleh cadangkan langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari sini, idea untuk kajian boleh mula dikembangkan sehingga menjadi satu kajian yang komprehensif. Ok tak ni?

Apabila menulis pengenalan dan penyataan masalah maka bolehla ingat analogi yang sensei bagi ni ya. Kupaslah beberapa isu yang dominan dan terkini dalam bidang kajian kita. Kemudian kemukakan beberapa masalah yang menjadi punca utama kepada isu yang telah dikupas untuk kita selesaikan melalui kajian kita. 

Sensei rasa, setakat ini cukuplah untuk membuatkan sahabt-sahabat faham perbezaan asas antara isu dan masalah kajian. Bolehla mula menulis penyataan masalah untuk kertas cadangan ya. Ada apa-apa kekeliruan bolehlah rajin-rajin tanya sensei dengan lebih lanjut. 

Ingat! isu adalah cirit birit. manakala masalah sebenar ialah jangkitan bakteria yang menyebabkan cirit-birit. 

Isu = Cirit-Birit
Masalah sebenar = Jangkitan bakteria

Tu diaa..analogi tak agak-agak. 

Bukan apa, nak suruh you all mudah ingat. Chill!

#TheSensei




Friday, November 29, 2019

Langkah Praktikal Mencari Tajuk Kajian | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Selamat Datang ke Blog Sensei!


Mencari tajuk kajian untuk penyelidikan peringkat pengajian Masters atau PhD adalah agak mencabar. Tambahan pula bagi mereka yang kurang terdedah dengan penyelidikan sebelum ini. Nak mula di mana? Tajuk yang bagaimana? Sesuai atau tidak? Sudah tentu banyak persoalan begini yang bermain di dalam fikiran masing-masing. Yang penting ramai yang mesej sensei, melahirkan kebimbangan kerana tak tahu nak bermula dimana.
Kebetulan hari ini sensei tengah baca artikel untuk menulis artikel baru. Terjumpa balik artikel pertama yang sensei baca yang membuatkan sensei berminat dengan terma 'Problem-Posing'.

Gambar 1: Artikel pertama yang sensei baca dan berkenalan dengan terma 'problem-posing'

Jurnal ini tidak tersenarai dalam quartile pun, namun tajuk artikel inilah inilah yang membuatkan sensei berminat dengan terma 'problem-posing'. Lagipun terma ini agak jarang didengari di dalam dunia pendidikan di negara kita. Mungkin yang biasa kita dengar ialah, 'problem-solving', 'inquiry based learning' dan 'project based learning'. Kali pertama sensei baca artikel tersebut, sensei terus mencari artikel lain yang bagus-bagus yang tersenarai di dalam ranking jurnal bagi mendalami problem-posing. Akhirnya sensei membuat keputusan untuk memasukkan terma 'problem-posing' dalam tajuk kajian...and I stick to it until the end. 
Of course ianya debatable dan banyak argument dari komiti penyeliaan. Namun sensei baca dan hadam betul-betul konsep problem-posing sehingga akhirnya berjaya meyakinkan komiti penyeliaan tentang konsep yang betul. 
Jadi, bila nak bina tajuk kajian...rajin rajinlah baca tajuk artikel dari jurnal/thesis yang bagus-bagus. Modify, extend dan upgrade supaya akhirnya ia menjadi jadi tajuk kita.
Selalunya, tajuk kajian di dalam bidang dan rekabentuk kajian yang sama memang tak lari jauh, cuma nanti kena gabungjalinkan secara kreatif dengan elemen utama yang anda nak kaji.
Pencarian tajuk memang penting, namun janganlah menghabiskan satu semester untuk cari tajuk sahaja. Carilah 'working title' dulu untuk memudahkan kita menyediakan kertas cadangan. Rangka dulu tajuk awal yang menggambarkan pembolehubah-pembolehubah yang kita nak kaji. Tajuk yang 'catchy' ke 'sophisticated' ke datang kemudian bersama kematangan kita dalam membaca artikel. Jangan risau.
Anyway, Its a working title, sampai selepas VIVA pun, mungkin tajuk kita akan bertukar atas saranan panel pemeriksa. As long as dapat gambaran IV dan DV nya, maka jalan dulu. So, chill!

Tajuk tesis sensei:
Development of Problem Posing Multimedia Module and Its Effectiveness to Enhance Student Performance in Form Four Biology
Gambar 2: Tesis PhD sensei

Boleh rujuk, modify, extend dan upgrade untuk tajuk kajian anda pula.

Apa Itu Kajian Yang "Research able"? | Panduan Pelajar Pascasiswazah

Welcome to The Sensei! Apa itu kajian yang "research able'? Fuhh..rasa lama sungguh tidak mencoret sepatah dua kata di b...